Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T, kerana hari nin walaupon aku sibuk dengan pelabagai aktiviti mana nak monitor kontraktor yang buat renovation rumah aku dan hari ade majlis hari jadi salah seorang anak buah aku, aku dapat jugak selesaikan lebih kurang 90% rumah pelindung hujan aku.

Hari ini aku dapat lengkapkan pemasangan bahagian rangka bumbung RPH. Kesemua sambungan masih dilakukan tanpa menggunakan gam PVC lagi. Ini adalah kerana aku belum buat keputusan lagi sama ada nak buat permenant coneection ke atau aku nak biar je. Tapi walaubagaimanapon aku tetap puas hati dengan  pemasangan hari, walaupon aku tengok lengkong bumbung macam tak sama rata sket. Masa aku buat pembengkokkan PVC tempoh hari pon aku nak cepat sebab takde masa sangat, kira bolehlah macam ni.

Satu lagi aku rasa besyukur sangat pasal perkembangan anak pokok aku yang dah dihempap dek kucing yang sangat sihat semalam. Alhamdullilah, hari ni aku tengok pokok tu dah segar sikit dan mula nak membesar setelah aku letak baja lebih sikit dan dedahkan pada matahari. Ada dua tiga tu memang dah tahap takleh nak selamatkan lagi lah. Aku lupa plak nak amek gambar. Nanti bila RPH aku dah siap boleh lah aku buat semaian buat kali kedua nanti kat bawah tu.

Sekarang aku tinggak nak tungu plastik bumbung yang ader UV protection sampai dari Sabak Agro je.