Alhamdullilah nampaknya semua berjalan dengan lancar. Perkembangan pokok cili aku pon nampaknya ok. Hari ini genap pokk cili aku berumur 28 hari. Walaupon kalau nak dibandingkan dengan pokok orang lain, unutk pokok berumur 28 hari pokok aku ni agak kecil sedikit, tapi aku masih lagi berpuas hati sebab sejarah pokok aku kali ni memng ader problem sedikit seperti layu ketika anak pokok dan anak pokok menjadi taugeh. Dibawah adalah gambar pokok aku dihari ke 28. Sorry gambar tak terang sangat sebab ambil gambar waktu senja dan takde flash.

dsc00476

dsc00477

Dua minggu berturut sebelum ini, aktiviti membuang tunas dibawah cabang utama telah pon dilakukan. Dan racun kulat juga disembur selepas activiti membuang tunas dilakukan. Kayu pacang juga telah di pasang unutk bebrapa pokok sahaja kerana kekurang kayu pacang.

Hari ni aku tak buat pom aktiviti buang tunas sebab aku nak tunggu pokok tinggi sikit dan berbunnga dulu. Sekian dulu