Walaupon dah lama ada kat stor benda baru hari aku bukak. Sekali aku bukak set baja yang aku dapat dari En Apai ni, takde label la plak yang mana satu A dan yang mana satu B. Aku pon terus sms En apai untuk kepastian. Lepas aku dah confirm aku pon cari mana bekas-bekas yang tak pakai kat keliling rumah. Last sekali aku jumpa dua baldi ni. Aku pon pakai baldi buat bancuh dan simpan baja AB yang pekat

Yang kiri baja A dan kanan Baja B

Yang kiri baja A dan kanan Baja B

Yang ni plak anak aku amek gambar lepas tolong aku bancuh baja ni..

Selepas aku bancuh baja, aku pon nak lah cuba EC meter yang aku dah beli tempoh hari. Aku ada baca di internet ada bacaan tertentu jika kita hendak bancuh baja pekat AB ni. Kalau tak silap aku bacaan baja A mestilah dalam 17.xx dan baja B lebih kurang 1. Tapi yang masalh ni bila aku try buat bacaan, apa yang aku perhatikan bacaannya semakin lama semakin naik dan tidak henti dan terus ke nilai paling maximum. Aku pun mula cuak gak , takut EC meter aku rosak ke? Aku test plak kat dalam air. Nampak cam ok, meter aku bagi bacaan yang tetap. HHmmm….so aku ingat nak tanye lah kat member-member dalam internet pasal benda ni.

Lagi satu yang aku rasa macam lain sikit adalah warna larutan baja ni. Persan aku aku pernah tengok dalam internet orang tunjuk baja dia macam warna puih mcam susu bila dah bancuh. Entahlah agaknya orangtu ada letak bahan lain agaknya. Walaucamnepon unutk maklumat am Baja AB ni terdiri daripada unusur unsur kimia jenis garam ynag menjadi makanan kepada tumbuhan. Untuk Baja A ia juga dinamakan makro nutrient manakala baja B pula dinamakan Mikro nutrient. So disini aku listkan apa unsur-unsur yang terdapat dalam baja AB ni untuk informasi semua.

Set A
Calcium Nitrate
Iron Chelate
SET B
Potassium Nitrate
MKP
Magnesium Sulfate
Manganese Chelate
Hibor
Zink Chelate
Copper Chelate
Ammonium Molybdate