Hari tiba masa untuk aku mulakan semaian bijih benih(aku guna benih cili Kulai 568 F1 yang aku dapat) aku dengan menggunakan kaedah semaian A. Jadi sebelum itu mari aku terangkan dulu apa yang aku maksudkan untuk kaedah semaian A ini. Kaedah ini aku dapat dari Forum yang membincangkan pasal pertanian

Kaedah semaian A

1. Rendam Biji benih dalam air selama 8 jam.

-Biji benih direndam-

2. Toskan benih dan taburkan diatas kertas A4 .

3. Lipat kan kertas A4 tadi berserta benih dan masukkan ke dalam plastik. Tiupkam plastik tersebut dan ikat(biarkan kembung). Biarkan selama 24 jam.

-Plastik yang ditup dan diikat dengan kandungan benih-

4. Keluarkan benih dan semburkan racun.(Aku akan ubah guna EMAS)

Direndam dalam EMAS

-Direndam dalam EMAS-

5. Semai sedalam 0.5 cm dalam peat moss.

benih dalam tray

-benih dalam tray-

6. Siram air pagi dan petang.

7. Setiap tujuh hari sembur dengan racun kulat(guna separuh sukatan)

8. Selepas 14 hari siran baja AB pagi dan petang.

9. Selepas 21 hari, jemur anak pokok ke matahari pagi setiap hari dari 8 hingga 11 pagi.

10. Selepas 25 hari atau lebih sudah boleh pindah ke polibag.

Jadi aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara 7th dragon untuk maklumat ini.

Sebenarnya aku takkan ikut 100% kaedah ini sebab aku nak cuba lain sikit. Kalau dalam kaedah ni dia guna sikit racun sebelum masukkan benih dalam peat moss, aku nak rendam dalam EM sebelum masukkan. Lagi satu yang aku rasa aku nak buat yang takda cakap dalam kaedah tadi adalah menutup tray semaian dengan plastik hitam selama 5 hari. Gambar akan aku updatekan sedikit demi sedikit dalam post ini.