Setelah aku mulakan dengan dua kaedah dalam semaian benih iaitu Kaedah A dan Kaedah B, pada pagi ni aku bergegas ketapak mini projeck percubaan aku untuk menyempurnakan aktiviti semaian. Peat Moss yang akan aku gunakan bukanlah holland peat. Aku rasa yang aku beli ni boleh dipanggil Malaysian peat memandangkan ianya dibuat sendiri oleh tuan punya kedai. Dia kata memang media ni khas unutk semaian. Jadi takpe aku cuba je dulu.

Aku tak gunakan semua lubang pada tray semaian memandangkan benih aku pon tak banyak dan aku cuma nak tanam 10 pokok je. Macammana pon macam nilah gambar tray semaian yang dah disumbat dengan peat moss

Peat moss didalam Tray semaian

Disebelah kiri tu akan aku masukkan benih dari Kaedah A dan disebelah kanan dengan benih dari Kaedah B.

Seperti apa yang aku dah katakan dulu, aku akan megunakan EMAS dalam projek percubaan ini. Jadi pada peringkat ini kesuma biji benih akan direndam kedalam EMAS selama 2 minit sebelum di masukkan ke dalam tray.

Benih direndam dalam EMAS

Secara amya dikatakan EMAS ni boleh menambahkan daya tahan biji benih ni. Mungkin akan postkan maklumat lebih lanjut tentang EMAS nanti.

Inilah gambar benih yang telah diletakkan dalam tray, pasni aku akan masukkan benih kedalam peat moss sedalam 0.5 cm(ni aku buat agak-agak je).

Benih diatas tray

Setelah semuanya selesai aku pon tutup tray dengan plastik hitam. Selesaipon. Sekarang ni aku akan tunggu sehingga lima sebelum aku mulakan routine harian menyiram anak pokok dan letak baja.

Semaian ditutup dengan plastik hitam

Semaian ditutup dengan plastik hitam

Kepada sesiapa yang membaca post ni, terutamanya yang otai-otai tu bolehlah bagi komen sikit, kalau ader langkah-langkah yang sepatutnya kena buat ataupon yang tidak boleh dibuat. Aku akan update kan lagi pasal semaian ni nanti