Bermulanya post pertama ni, denagn rasminya aku umumkan penglibatan aku dalam dunia pertanian. Untuk blog ni aku rasa aku nak buat dalam BM supaya sekurang-kurangnya ramai lagi yang boleh menfaatkanya(aku masih yakin BI adalah sama penting unutk kita maju kehadapan).

Pertanain……satu bidang yang tak pernah timbul dalam kepala otak aku untuk aku ceburi. Aku pon tak berapa nak ingat ntah macam mane aku boleh timbul minat untuk berkecimpung dalam dunia pertanian. Nak kata aku nak sahut seruan kerajaan, untuk berjasa kepada tanah, secara ikhlas aku tak tau pon kerajaan ader buat saranan begitu. Tapi aper yang aku ingat aku amat tertarik pada kaedah moden yang digunakan dalam pertanian pada masa kini(aku tak sedar teknologi berkembang dalam bidang pertanian jugak).

Jadi secara ringkas, sekarang ni aku berazam untuk menceburkan diri dalam Pertanian Moden. Buat masa sekarang ni aku masih lagi sedang mengumpul maklumat dari pelbagai sumber untuk gunakan nanti. Blog ini aku nak jadikan sebagai notebook aku yang kedua(selain buku catitan aku yang ade sekarang ni). Selain dari itu, aper aper Tips yang boleh aku kumpulkan akan aku kongsikan kat sini. Aku dah beli set percubaan, dan tak sabar aku nak mula ni….he he semangat baru la katakan.  Salam.