Sekarang ni kerja-kerja semaian dah aku selesaikan, tiba masa untuk aku pilih tapak projek yang sesuai pulak. Sebenarnya tapak yang menjadi pilihan tu semua kat belakang rumak Pak Mentua aku je. Nak buat kat rumah mak bapak aku jauh plak. jadi terpaksa mintak izin guna area belakang rumah pak mentua aku. Nak harapkan rumah aku sendiri langsung takde ruang kosong.

Setelah aku buat survey, aku telah pilih 2 kawasan yang mungkin boleh jadi tapak projek aku….

-Tapak 1-

-Tapak 1-

-Tapak 2-

-Tapak 2-

Daripada pemerhatian dan analisa aku tapak1 tempatnya dekat dengan pagar dan bangunan stor. Ini menjadi kelebihan aku kalau aku nak letak plastik pelindung hujan kemudian. Tapi masalhnya sekarang, tempat ni banyak pokok dalam pasu dan ada kayu buat tapung pasu bunga. Jadi nak clearkan tempat ada ambil masa sikitla. Unutk tapak 2 pulak, ia berada dikawasan terbuka dan dekat dengan sebelah rumah yang suka bakar sampah. Aku takut asap tu nanti boleh efek pokok aku. Tapi tempat tu agak kemas dan bersih, dan tak banyak benda nak buat lagi.

Dua-dua tempat dekat dengan punca elektrik, jadi untuk sumber eletrik dan wiring tiada issue. Selepas berfikir sejenak aku buat keputusan pilih tapak 2. Alasan, sebenarnya aku dalam proses untuk mereka bentuk RPH aku sendiri, jadi tapak 2 aku agak sesuai untuk aku letak kemudian. Tapak 2 ni pon agak tersorok jadi tak mengangu laluan utama keliling rumah. pasal asap tu nanti aku pikirkanlah