EC dan PH meter
Setelah lama kau pikir nak beli ke tidak, akhirnya aku beli jugak. Jadi hari ni selepas aku dah buat survey(secara online je) aku dah pon beli Bundle pH & EC Meter. Bagi yang tak tau lagi, alat ini amat penting dalam sistem fertigasi dimana ia digunakan untuk mengukur tahap pengaliran elektrik(untuk EC meter) dan nilai pH(untuk pH meter) dalam larutan baja. Lain jenis tanaman lain nilai EC dan pH yang diperlukan.
Malah unutk tanman yang sama, berlainan nilai EC diperlukan dalam peringkat-peringkat yang berbeza. Mungkin korang semua perasankan , apa sebenarnya kaitan pengaliran elektrik dengan baja ni? Mula-mula aku pon confuse, jadi untuk penerangan ringkas, Baja yang digunakan dalam fertigasi adalah kategori garam. Secara am garam dapat meningkatkan kadar aliran elektrik dalam air. Jadi dengan EC meter kita dapat menyukat kandungan baja dengan betul daripada kadar aliran elektrik yang di baca.
Mungkin ramai yang berpendapat kalau setakat percubaan 10 pokok tak berbalaoi nak pakai meter-meter ni lagi, pada pendapat aku kalau ada rezeki angkatjela, lagipon ni adalah salah satu pelaburan untuk jangka masa panjang.

Yazed Jamal Reply:
January 2nd, 2009 at 8:34 am
@CuciManja,
Salam,
alhamdulillah setakat ni meter-meter yang saya guna ni bagus dan takde masalah. Saya rase pakej yang saya beli ni sesuai untuk beginners dan orang yang ader budget ciput. Kalau nak yang bagus lagi boleh try brand Hana atau meter 6 in 1.