Salam semua, hari ni genap benih yang aku semai selama 20 hari dan hari ni jugaklah aku terima dua dugaan pertama dalam penanaman cili ini.

Yang pertama, cili aku masih kemetot je lagi, walaupon dah 20 hari masih maintain kurus dan berdaun 2 je. Aku rase tanah semaian yang aku beli dari nursery cina masa awal-awal dulu ni memang takleh nak pakailah(cari alasan lah ni). Aku rasa memang pokok cili ni tak cukup nutrient la. kalau nak katakan ada masalah penyakit ke, tengok dari segi fizikal nampak cam normal je. Yang sebenarnya banyak prosedur-prosedur yang aku senaraikan dulu aku skip. Sebagai contoh, sampai hari ni belum pon aku letak racun kulat lagi, cuma hari ni je aku baru try letak racun organik green patrol. Tulah aku rase ni semua mungkin faktor-faktor yang menyebabkan pokok aku jadi camni. Lagi satu, aku pernah terbaca yang sebenarnya semasa proses menyemai tu kena pakai sarung tangan supaya benih tak tercemar, aku memang tak pakai he he he.

Yang kedua, bila aku balek keje hari ni, aku terus bergegas nak tengok anak benih, sekali bukan main terkejut lagi aku bila aku nampak seekor kucing yang sihat walafiat sedang senang lenang duduk atas tray semaian aku. Aku macam nak nangis pon ader. Aku pon aper lagi, halau bagai nak raklah kucing tuh. Nak kira habis jugaklah anak benih aku yang kurus-kurus ni, semuanya leper. Mana yang aku rase aku boleh selamatkan aku cuba selamatkan. Aku terpaksa letak lidi untuk menampong batang pokok yang dah rebah tu.

Tapi walau apapon aku terima ni semua, banyak pengajaran yang aku boleh dapat dengan peristiwa ni. Jadi lain kali aku buat lebih teratur lagi. Kita merancang Tuhan saje yang menetukan. Disamping tu, aktiviti-aktiviti aku yang lain masih lagi aku teruskan. Pembinaan RPH aku masih lagi berjalan lancar. Semalam aku selesai pacak kesemua tiang dan membuat rangka bumbung(arch).

Tiang yang telah dipacak

Tiang yang telah dipacak

PVC yang telah dibengkokkan

PVC yang telah dibengkokkan

Untuk anak benih aku tuh aku tawakal jela. Mana yang masih hidup tu aku teruskan dan akan cuba sekali lagi unutk menyemai anak benih yang baru kemudian.

Tips hari ini….

Kalau nak bengkokkan PVC dengan berkesan, boledigunakan air panas dengan cara merendan paip kedalamnya. Untuk lebih cepat Hotgun boleh digunakan. unutk mendapat pemanasan yang seragam, boleh letakkan pasir dalam paip sebelum memansakannya.(Aku tak buat pon ni pasal nak cepat)