Salam semua, setelah beberapa lama aku tunggu, dengan harapan aku dapat merasa sendiri timun, petola dan kacang panjang yang aku tanam, sehingga sekarang tak berbuah-buah lagi. Bukan kata nak berbuah, nak berbunga pon tak lagi. Hmmm aku pon kadang-kadang naik pening, tapi nilah aku rase cabaran dalam pertanian. Sesuatu mungkin akan berlaku diluar dugaan kita. Kalau ikut schedule, sepatutnya pokok timun, petola dan kacang panjang aku ni dah berbuah lah sepatutnya. Sekarang ni daun tumbuh dan menjalar bukan main lebat lagi. Tapi takpe aku masih akan tunggu lagi sebab itu ajelah yang aku boleh buat sekarang.

Setelah aku bertanya kepada otai-otai pertanian ni. Secara teknikalnya ader bebrapa sebab:

  1. Penyerapan baja yang tidak sempurna atas sebab PH media yang tidak sesuai atau sebagainya. Untuk ini, aku masih tak pernah check lagi PH media aku so aku tak boleh nak kaitkan lagi. Setakat ni PH air baja yang aku dapat masih lagi dalam lingkungan yang sesuia iaitu 5.9.
  2. Memang jenis benih yang berbuah lambat. Walaupon berat hati unutk memilih alasan ni(sebab takkan tiga pokok sekali yang berlainan jenis aku dapat benih yang lambat buah), aku tetap pilih alasan ni keatas apa yang dah terjadi.(nak sedapkan hati je ni)

Nampaknya bulan ni tak dapat lagi lah aku merasa apa-apa lagi